Skip to main content
Berita

Anugerah Saintis Muda Negara

20 November 2023, Putrajaya – Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Tan Kae Yi, Jabatan Perubatan Molekul

Fakulti Perubatan, Universiti Malaya yang menerima Anugerah Saintis Muda Negara (Kategori Sains Hayat) 2023 dengan tajuk kajiannya ‘Advancing Translational Research in Snake Venom Toxinology: Pioneering a Holistic Approach to Combat Snakebite Envenoming in Southeast Asia’.
Tahniah juga diucapkan buat Chm. Dr. Mohamad Azuwa Bin Mohamed, Jabatan Sains Kimia, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia yang menerima Anugerah Saintis Muda Negara (Kategori Fizikal) dengan tajuk kajiannya ‘Nurturing A Green Future: Unleashing the Power of Graphitic Carbon Nitride-Based Photocatalyst for Efficient Artificial Photosynthesis in Revolutionizing Malaysia’s Sustainable Energy Generation and Circular Economy’.
Masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000, sijil beserta trofi yang disampaikan oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi semasa Majlis Perasmian Karnival #MingguSainsNegara dan #MalaysiaTechlympics Peringkat Akhir Kebangsaan di PICC, Putrajaya pada 20 November 2023.
Anugerah Saintis Muda Negara merupakan pengiktirafan terhadap pencapaian saintis muda dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) sains dan teknologi (S&T). Anugerah-anugerah ini merupakan anugerah di bawah program Minggu Sains Negara 2023.
Skip to content