Skip to main content
News

Bengkel Kesedaran ICGEB dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara NIBM & ICGEB: Memperkasa Sektor Bioteknologi Negara Menerusi Rakan Strategik Antarabangsa

20 Januari 2026, Bangi – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menghadiri Majlis Menandatangani MoU antara National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) dan Pusat Antarabangsa Kejuruteraan Genetik dan Bioteknologi (ICGEB). Dalam ucapannya, YBhg. Datuk Seri KSU merakamkan penghargaan kepada Dr. Lawrence Banks, Ketua Pengarah ICGEB atas segala sokongan padu komuniti antarabangsa terhadap ekosistem sains, teknologi dan inovasi (STI) negara.

Tambahnya lagi, kerjasama strategik ini adalah selaras Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (DBN 2.0), bertujuan mempercepatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang kritikal seperti genomik, vaksin, farmaseutikal, dan agrobioteknologi.
Antara fokus Utama Kerjasama MoU adalah untuk :
✅ Pembangunan Bakat: Akses kepada biasiswa, program mobiliti, dan latihan teknikal lanjutan untuk penyelidik tempatan.
✅ Penyelidikan Berimpak Tinggi: Penglibatan dalam geran Program Penyelidikan Kolaboratif (CRP) yang akan dibuka pada Mac ini.
✅ Hab Serantau: Memposisikan NIBM sebagai Pusat Penyelidikan Serantau bagi rantau ASEAN dan antarabangsa.
NIBM Sebagai Integrator Kebangsaan Pemeteraian MoU ini turut menyokong aspirasi jangka panjang NIBM untuk memposisikan diri sebagai salah satu Pusat Penyelidikan Serantau dalam bidang bioteknologi bagi rantau ASEAN. Sebagai integrator, NIBM berperanan memastikan setiap penemuan penyelidikan (R&D) diterjemahkan kepada aplikasi industri yang mampu memacu ekonomi negara.
Selaras dengan Aspirasi Malaysia MADANI, kerjasama global merupakan keperluan strategik bagi mempercepat penemuan saintifik berimpak tinggi, selari dengan nilai teras Daya Cipta yang menekankan inovasi demi kesejahteraan masyarakat. Melalui penglibatan aktif dalam ICGEB, komuniti penyelidikan Malaysia berada di barisan hadapan dalam menangani cabaran global menerusi penyelesaian bioteknologi yang mampan dan berdaya saing.
Majlis turut dihadiri oleh YBrs Puan Aidawati Misdar, Gabenor ICGEB Malaysia, Setiausaha Bahagian Bahagian Strategik Teknologi dan Aplikasi S&T MOSTI serta YBhg Prof. Datuk Wira Dr. Raha binti Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif, National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM), Academician Profesor Emeritus Datin Paduka Dr. Khatijah Mohamad Yusoff, Ahli Majlis Penasihat Saintifik ICGEB serta pihak yang berkepentingan.
Usai majlis berkenaan, YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Bin Hj. Ahmad turut melawat fasiliti Amalan Perkilangan Baik (GMP), NIBM bagi meninjau perkembangan pembinaan fasiliti tersebut.
Skip to content