16 Januari 2026, Putrajaya – Hari ini, YBhg. Datuk Ir. Abdul Kadir bin Mohd Din, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersama delegasi telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam usaha memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua pihak.
Sesi perbincangan memberi tumpuan kepada peluang kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), mekanisme pembiayaan, keperluan industri serta bidang inovasi berpotensi. Perbincangan ini turut menyentuh usaha menangani cabaran kelestarian sumber air, kecekapan operasi, keselamatan air, impak perubahan iklim serta keperluan transformasi teknologi dalam sektor perkhidmatan air negara.
MOSTI kekal komited untuk bekerjasama rapat dengan agensi pengawal selia seperti SPAN bagi memastikan penyelidikan dan inovasi yang dilaksanakan adalah selari dengan dasar serta keperluan industri. Pendekatan ini bagi memudahcara pengkomersialan dan penerapan teknologi di peringkat pelaksanaan demi pembangunan sektor perkhidmatan air yang mampan dan berdaya tahan.
Turut hadir ialah Encik Boniface anak Edwin Manung, Setiausaha Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D (PTK), Puan Norbaya binti Othman, Setiausaha Bahagian Dana, Puan Aidawati Misdar, Setiausaha Bahagian Teknologi Strategik dan Aplikasi S&T, Encik Samsuddin bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) serta wakil-wakil MOSTI dan SPAN.




