8 Februari 2026, Lahad Datu – YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, telah mengadakan lawatan ke kawasan yang terjejas banjir sebelum meneruskan program ke Sekolah Kebangsaan Lahad Datu III bagi menghadiri Karnival Inovasi & STEM Peringkat Negeri Sabah serta Mesyuarat Agung PIBG sekolah tersebut.
Program ini menjadi platform penting dalam menyatukan warga sekolah dan ibu bapa, sekali gus memperkukuh kerjasama dalam merancang masa depan pendidikan anak-anak.
Dalam era sains dan teknologi yang pesat, pendidikan STEM bukan lagi satu pilihan, sebaliknya merupakan keperluan asas dalam membentuk generasi yang berfikiran kritikal, kreatif dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.
Beliau turut menegaskan bahawa STEM bukan sekadar melahirkan saintis atau jurutera, malah membentuk cara berfikir yang berani menyelesaikan masalah serta mampu menyesuaikan diri dengan dunia yang semakin mencabar.




