Skip to main content
News

Lawatan Turun Padang KSU MOSTI ke Agensi Nuklear Malaysia

3 Disember 2025 – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan lawatan kerja ke Agensi Nuklear Malaysia, Bangi bagi projek Menaiktaraf Fasiliti dan Makmal Radioanalitikal Forensik Alam Sekitar dan Pengurusan Sumber Air di Blok 23.

Projek ini merupakan usaha memantapkan kemudahan forensik alam sekitar dan pengurusan sumber air bagi memperkukuh keupayaan analitikal yang lestari, seterusnya memenuhi keperluan penyelidikan, pembangunan produk serta penyediaan perkhidmatan dalam bidang teknologi nuklear demi menjamin kesihatan, kesejahteraan dan keselamatan rakyat serta negara.
Lawatan kerja ini turut diiringi oleh YBrs. Dr. Muhammad Rawi bi Mohamed Zin, Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, YBrs. Puan Zaiton bin Yahya, Pengarah BIPST Kementerian Ekonomi, YBrs. Encik Mohd Zulhasmi bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian Pembangunan, pegawai-pegawai daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dan warga kerja Agensi Nuklear Malaysia.
Skip to content