10 Disember 2025,Cyberjaya – Majlis Apresiasi National Innovation and Commercialisation Expo 2025 (NICE 2025) telah berlangsung dengan penuh meriah pada di Cyber Event Hall, Cyberjaya. Program ini diadakan sebagai penghargaan kepada semua rakan strategik, agensi, dan warga kerja yang telah menjayakan NICE 2025 pada 6–9 Oktober 2025 di WTC Kuala Lumpur. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Pengurusan Tertinggi MOSTI dan Ketua-ketua Jabatan, barisan pegawai serta wakil-wakil agensi di bawah MOSTI.
NICE 2025 yang bertemakan “Innovation. Growth. Global Impact.” telah menghimpunkan empat program utama (i) Malaysia Commercialisation Year (MCY), (ii) FundConnect, (iii) I-Nation Global Summit, dan (iv) BioXCeed. Penyatuan keempat-empat program ini menjadikan NICE 2025 sebagai ekspo paling menyeluruh dalam memperkukuh ekosistem inovasi dan pengkomersialan negara.
Majlis hari ini bukan sahaja meraikan kejayaan bersama, tetapi juga memperkukuh jaringan kolaborasi demi memacu landskap inovasi negara ke peringkat global.




