Skip to main content
News

Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Infrastruktur Fizikal di Ibu Pejabat Tenaga Atom

23 Januari 2026, Dengkil – Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Infrastruktur Fizikal telah berlangsung di Ibu Pejabat Tenaga Atom.
Penyerahan projek telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Azarul Azlan bin Mohd Radhi, Jurutera Daerah JKR Sepang kepada YBrs. Encik Mohd Zulhasmi bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Upacara ini turut disaksikan oleh YBrs. Puan Noraishah binti Pungut, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Atom dan YBrs. Ir. Noor Hafiza binti Noor Kassim, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan JKR Malaysia.
Pembinaan projek ini telah dimulakan pada 20 Mei 2025 dan disiapkan pada 16 Disember 2026 iaitu awal 155 hari tarikh siap asal.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan projek dapat disiapkan dengan jayanya.
Skip to content