Skip to main content
News

Majlis Perasmian Karnival Perkhidmatan Instrumentasi dan Makmal Universiti Kebangsaan Malaysia (INSPIRA UKM 2026)

15 Januari 2026 – Majlis Perasmian INSPIRA UKM 2026 yang dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan), MOSTI merupakan platform strategik bagi memperkukuh ekosistem penyelidikan negara melalui kolaborasi antara universiti, industri, dan kerajaan.

Beliau menekankan pemerkasaan infrastruktur penyelidikan menerusi kolaborasi strategik antara universiti, industri, dan agensi kerajaan selaras dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN). INSPIRA UKM berperanan penting sebagai pemudah cara bagi merapatkan jurang antara kapasiti penyelidikan universiti dengan keperluan negara, di samping memastikan pembudayaan sains dilaksanakan secara inklusif dan berterusan agar manfaatnya dirasai oleh seluruh lapisan masyarakat.
Selain itu, MOSTI memberikan sokongan penuh kepada Sistem Pengurusan Instrumentasi Bersepadu UKM (SPINIC) yang menyokong agenda pendigitalan dan tadbir urus berasaskan data bagi pengurusan kemudahan yang lebih cekap. Penekanan turut diberikan terhadap pembangunan modal insan yang berkemahiran tinggi dan berintegriti, termasuk pengiktirafan kepada komuniti teknikal sebagai tulang belakang ekosistem Sains, Teknologi, dan Inovasi (STI) negara.
Program ini berjaya mengukuhkan ekosistem penyelidikan sebagai platform perkongsian sumber yang mampan antara pihak akademia dan industri. Komitmen berterusan antara UKM dan MOSTI dalam aspek perancangan serta pembudayaan sains di peringkat nasional dilihat sebagai langkah kritikal bagi memastikan infrastruktur sains negara terus diperkasakan.
Skip to content