9 Februari 2026, Putrajaya – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama YBhg. Dato’ Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan), YBrs. Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), serta YBrs. Tuan Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), bersama warga MOSTI telah mengikuti siaran langsung majlis tersebut.
Dalam amanatnya, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim menegaskan kepentingan pendekatan berhemah, dialog dan keadilan dalam menangani isu-isu sensitif yang melibatkan keharmonian masyarakat majmuk termasuk perkara berkaitan rumah ibadat, demi memelihara perpaduan negara.
YAB Perdana Menteri turut mengumumkan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara one-off bermula 9 Februari 2026 sebagai langkah meringankan beban kos sara hidup rakyat. Perbelanjaan SARA juga diperluaskan kepada lebih 10,000 kedai runcit dan pasar raya terpilih di seluruh negara.
Seiring dengan amanat yang disampaikan, MOSTI menzahirkan komitmen berterusan untuk memastikan sains, teknologi dan inovasi (STI) berperanan sebagai ejen penyatuan yang merentasi batas kaum, agama dan wilayah demi kesejahteraan negara.




