23 Februari 2026, Putrajaya – YB Dato’ Dr Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Kesihatan Nasional (JKKN) yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.
Mesyuarat ini memfokuskan kepada perkembangan semasa serta hala tuju dasar kesihatan negara bagi memastikan sistem kesihatan awam terus responsif, inklusif dan berkesan.
Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk pelaksanaan strategi pencegahan serta intervensi kesihatan awam negara yang lebih terselaras merentasi kementerian dan agensi berkaitan.
Mesyuarat turut memberi penekanan terhadap usaha menangani isu bantut dalam kalangan kanak-kanak sebagai agenda penting negara. Tumpuan diberikan kepada tindakan awal, intervensi bersepadu dan pendekatan berasaskan bukti bagi memastikan kesihatan serta kesejahteraan rakyat dipelihara sejak peringkat awal kehidupan.
MOSTI komited memperkukuh peranan sains, teknologi dan inovasi dalam menyokong agenda kesihatan negara melalui penyelidikan, pembangunan teknologi serta kerjasama strategik yang mampu meningkatkan kualiti hidup rakyat.




