Skip to main content
News

Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola (JTK) Peringkat Nasional Siri 7 Bil. 1 Tahun 2026

26 Februari 2026, Putrajaya – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola (JTK) Peringkat Nasional Siri 7 Bil. 1 Tahun 2026 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.
Mesyuarat ini memberi penekanan kepada pemerkasaan tatakelola sebagai tunjang utama dalam merealisasikan aspirasi Kerajaan MADANI khususnya dalam memastikan pentadbiran awam yang berintegriti, telus dan bertanggungjawab. Usaha memperkukuh tatakelola ini amat penting bagi meningkatkan kepercayaan rakyat serta memastikan setiap dasar dan inisiatif Kerajaan dilaksanakan dengan cekap, berakauntabiliti dan berimpak tinggi.
Selain itu, mesyuarat turut memperkukuh penyelarasan antara kementerian dan kerajaan negeri selaras dengan agenda reformasi perkhidmatan awam, ke arah membentuk sistem pentadbiran yang lebih responsif, berkesan dan berorientasikan rakyat.
Skip to content