Skip to main content
News

Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan Tahun 2025

16 Disember 2025, Putrajaya – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi telah menghadiri Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan Tahun 2025 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara di Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Mesyuarat ini adalah untuk menyelaras hala tuju dasar, memantau prestasi kerajaan dan memperkukuhkan tadbir urus setiap Kementerian bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, telus, dan berimpak tinggi kepada rakyat, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Skip to content