Skip to main content
News

Mesyuarat Majlis Pembangunan Industri Halal (MPIH) Bil. 2/2025

29 Januari 2026, Kuala Lumpur – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), telah menghadiri Mesyuarat Majlis Pembangunan Industri Halal (MPIH) Bil. 2/2025 yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YB Menteri dan Timbalan Menteri serta Ketua Setiausaha dan Jabatan yang berkaitan.

Mesyuarat membincangkan hala tuju dasar serta perangkaan kerangka tadbir urus yang lebih bersepadu bagi memperkasa pembangunan industri halal negara secara mampan dan berdaya saing. MPIH berperanan sebagai platform utama negara dalam memperkukuh ekosistem industri halal melalui penggubalan dasar progresif dan penyelarasan strategik merentas agensi.
MOSTI kekal komited menyokong pembangunan industri halal negara melalui penerapan sains, teknologi, dan inovasi (STI) bagi memperkukuh daya saing, meningkatkan nilai tambah produk, serta memperluas peluang pertumbuhan ekonomi secara inklusif dan mampan.
Skip to content