Skip to main content
News

Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) Bilangan 2/2026

25 Februari 2026, Putrajaya – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menghadiri Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) Bil. 2/2026 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.
Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Ketua-ketua Kementerian dengan memberi tumpuan kepada isu-isu semasa dan kesejahteraan rakyat serta usaha merangka pendekatan yang lebih pantas, responsif dan berkesan dalam mendepani cabaran semasa.
MOSTI tetap kekal komited untuk terus memperkasa reformasi penyampaian perkhidmatan melalui pendekatan people-centric yang berteraskan integriti serta menyokong agenda transformasi perkhidmatan awam negara seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Skip to content