Skip to main content
News

Mesyuarat Tenaga Negara (MTN)

12 November 2025, Putrajaya – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah telah menghadiri Mesyuarat Majlis Tenaga Negara (MTN) yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri. Turut hadir, YBhg. Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

MTN merupakan platform tertinggi negara dalam menetapkan hala tuju strategik sektor tenaga dengan tumpuan utama kepada pengurusan peralihan tenaga bagi mencapai sasaran karbon sifar bersih menjelang tahun 2050. Mesyuarat ini juga memastikan sektor tenaga negara kekal terjamin, mudah diakses dan lestari alam sekitar, selaras dengan aspirasi pembangunan mampan negara.
MOSTI komited untuk menyokong agenda peralihan tenaga negara melalui penerapan sains, teknologi dan inovasi (STI) dalam pembangunan penyelesaian tenaga bersih, teknologi hijau dan inovasi mampan.
Skip to content