Skip to main content
News

MOSTI Serah Kenderaan Hidrogen FCEV Toyota Mirai Kepada Jabatan Perdana Menteri: Mobiliti Hidrogen Terus Diperkasa

9 Disember 2025, Putrajaya – Hari ini menandakan satu lagi langkah penting dalam memperkukuh agenda negara menuju mobiliti hijau, teknologi rendah karbon dan pertumbuhan ekonomi masa depan yang lebih mapan melalui Penyerahan Kenderaan Berkuasa Hidrogen ‘Fuel Cell Electric Vehicle’ (FCEV) Toyota Mirai oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Inisiatif ini mencerminkan keyakinan rakan industri tempatan dan antarabangsa terhadap dasar dan hala tuju Malaysia khususnya dalam membangunkan ekosistem hidrogen negara, merancakkan kerjasama rentas sempadan serta memacu inovasi automotif di seluruh Asia Tenggara.
Kerajaan MADANI akan terus menerajui peralihan tenaga serantau ke arah mobiliti hijau dan pintar dalam memastikan Malaysia bukan sahaja bersedia menghadapi keperluan masa depan tetapi turut juga menjadi peneraju dalam membentuk landskap mobiliti yang lebih bersih, selamat dan mampan untuk generasi akan datang.
YBhg Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam bin Hj Ahmand, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah memberikan taklimat ringkas kepada YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri bersama YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara. Turut hadir, YBrs. Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI serta rakan strategik dari industri iaitu SIME UMW, UMW Toyota Motor Malaysia, Petronas Technology Venture Sdn Bhd (PTVSB), Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) dan NanoMalaysia Berhad (NMB).
Skip to content