4 Disember 2025 – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah merasmikan Majlis Penutupan Kolokium Penerima Dana Latihan Program Vaksin (LPV). Program ini telah berjaya menghimpunkan 92 pegawai dan penyelidik daripada kementerian, agensi, universiti dan industri bagi memperkukuh pembangunan bakat dalam bidang vaksin negara.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa pembangunan modal insan merupakan tunjang penting di bawah Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) khususnya πππ«ππ¬ πππ«ππππ π’π€ π yang memberi fokus kepada pengukuhan kepakaran tempatan merentasi keseluruhan rantaian nilai vaksin, daripada penyelidikan asas hingga peringkat pengilangan bertaraf antarabangsa.
Selaras dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) serta prinsip Malaysia MADANI, YBhg. Datuk Seri KSU menegaskan Program LPV menjadi inisiatif strategik bagi memperkasa keupayaan saintifik negara dan menyokong aspirasi Malaysia untuk menghasilkan vaksin manusia pertama menjelang 2030.
Kolokium dua hari ini turut disertai MOSTI, NIBM, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), NPRA, NIH, ICR serta wakil universiti seperti UM, UPM, USM, UiTM, UniSZA, IIUM, Taylorβs University, UCSI University dan University of Nottingham Malaysia. Manakala pihak industri diwakili Pharmaniaga Berhad.
LPV yang kini memasuki Siri Ke-4 sejak diperkenalkan pada 2023 telah membantu mengisi jurang kepakaran kritikal dalam pembangunan vaksin. Siri Ke-5 akan dibuka pada minggu ketiga Disember dengan tumpuan kepada kemahiran seperti penyelidikan klinikal, amalan GMP, pengawalseliaan dan jaminan kualiti.
Peserta turut berkongsi dapatan latihan luar negara meliputi teknologi vaksin moden seperti mRNA, viral vector, serta amalan GLP, GMP dan GDocP. Hasil kolokium ini menjadi asas penting ke arah kemandirian vaksin negara dan pengukuhan daya saing Malaysia dalam bioteknologi dan kesihatan awam.
Turut hadir, YBhg. Prof Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim FASc., Ketua Pegawai Eksekutif, NIBM, YBrs. Dr. Akhmal Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Clinical Research Malaysia (CRM), YBrs. En Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), YBrs. Dr. Mohd Azlan Zaharudin, Pengarah Pejabat Pengurusan Projek Pembangunan Vaksin Malaysia (MVPO) serta pegawai-pegawai kanan Kementerian/Agensi/Jabatan yang terlibat.




