5 Januari 2026, Putrajaya – Perhimpunan Bulanan YAB Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi Bulan Januari serta penyampaian Amanat Tahun 2026 telah berlangsung di Dewan De’ Seri Endon, Puspanitapuri.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) turut mengikuti perhimpunan ini secara dalam talian bersama YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Dato’ Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), YBrs. Encik Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) serta pihak pengurusan dan warga MOSTI.
Dalam amanatnya, YAB Perdana Menteri menegaskan komitmen Kerajaan Perpaduan untuk memperkukuh perkhidmatan awam yang cekap, berintegriti dan berpaksikan rakyat. Beliau turut menggariskan keutamaan tahun 2026 termasuk pengukuhan ekonomi dan pemerkasaan digital sebagai pemacu pertumbuhan negara. YAB Perdana Menteri menyeru seluruh penjawat awam untuk berkhidmat dengan nilai ketelusan, tanggungjawab dan kasih sayang selaras aspirasi Malaysia MADANI.




