6–7 Februari 2026, Bangi – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menghadiri Permukiman Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan (KSUKP) Tahun 2026 bermula 6 Februari sehingga petang ini.
Program ini dimulakan dengan sesi amanat YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara bersama Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan Kerajaan. Sesi dua hari ini juga memberi tumpuan khusus kepada agenda strategik dalam memperkukuh hala tuju dan tadbir urus dalam perkhidmatan awam serta aspek komunikasi kepada rakyat.
YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri turut menyampaikan amanat dan berdialog bersama para peserta permukiman. Perbincangan intensif ini menegaskan komitmen semua pihak untuk terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam, mempercepat pelaksanaan program strategik kerajaan serta memperkukuh integriti, tadbir urus dan komunikasi yang berimpak tinggi.
MOSTI akan terus komited mendukung agenda reformasi perkhidmatan awam demi memperkasa penyampaian sains, teknologi dan inovasi negara.




