Skip to main content
News

Program Jangkauan Sains, Teknologi dan Inovasi

28 Februari 2026, Kunak – Program Jangkauan Sains, Teknologi & Inovasi (STI), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang berlangsung di Masjid Babul Qhair, Kg Kunak 3, Kunak Sabah semalam telah dihadiri oleh YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. YB Timbalan Menteri menzahirkan komitmen Kementerian untuk memastikan agenda sains dan teknologi terus mendekati rakyat.
Program ini membawa mesej jelas bahawa STI bukan hanya tertumpu di makmal, universiti atau bandar besar, sebaliknya merupakan pemangkin yang mampu memperkasa komuniti di peringkat akar umbi.
Melalui pendekatan santai dan mesra komuniti, kem ini membuka ruang dialog dua hala antara pihak Kementerian dan masyarakat setempat bagi memahami keperluan sebenar di lapangan, di samping memperkenalkan pelbagai peluang serta inisiatif dalam bidang STI kepada generasi muda Kunak.
Pendekatan jangkauan seperti ini selaras dengan usaha MOSTI untuk memperluas akses, meningkatkan kesedaran serta memastikan manfaat sains, teknologi dan inovasi dapat dirasai secara inklusif oleh seluruh lapisan masyarakat.
Skip to content