Skip to main content
News

Sesi Menjawab Ke Atas Usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026 Bagi MOSTI, Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Ke-15, Dewan Rakyat

24 Februari 2026, Kuala Lumpur – YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menjawab pertanyaan-pertanyaan perbahasan berhubung Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Bil. 1/2026 yang meliputi Pengauditan Program Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi (R&D&C&I) dan Pengauditan Pematuhan Perbelanjaan Projek Pembangunan MyDigital ID oleh MIMOS Berhad.

Isu-isu yang dibangkitkan dalam LKAN 1/2026 antaranya merangkumi aspek impak program penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I), prestasi Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN), baki dana projek tamat tidak dikutip semula, kelulusan SOP pendanaan Cradle Fund Sdn. Bhd.,peranan MOSTI dalam pengkomersialan hasil R&D serta tadbir urus pengurusan projek MyDigital ID oleh MIMOS Berhad.
Turut hadir, YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof bin Haji Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YBrs. Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, Penasihat Undang-Undang MOSTI, Setiausaha-Setiausaha Bahagian, Ketua-Ketua Agensi serta pegawai-pegawai kanan MOSTI.
Skip to content