Skip to main content
News

Sesi Taklimat dan Dialog MyPerformance Bersama Jabatan Tenaga Atom Malaysia – Merapatkan Jurang, Membina Keharmonian

9 Disember 2025 – YBrs. Tuan Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bersama Encik Muthagalan A/L Murugappan serta pasukan Unit Integriti MOSTI telah menghadiri Sesi Taklimat & Dialog MyPerformance anjuran Jabatan Tenaga Atom Malaysia (ATOM).
Dalam sesi ini, YBrs Tuan PKPj Wong Chiew Hoong, Ketua Unit Integriti MOSTI, berkongsi peranan dan fungsi Unit Integriti merangkumi tadbir urus, pengurusan aduan, pengesanan & pengesahan, tatatertib, pematuhan serta pengukuhan integriti dalam perkhidmatan awam.
Selain itu, KUI turut menerangkan mengenai Garis Panduan Pengurusan Aduan (Integriti) MOSTI berasaskan kriteria 5W1H bagi memastikan maklumat aduan yang lebih tepat dan berkualiti. Sesi dialog berlangsung interaktif dengan pelbagai isu semasa termasuk konflik kepentingan, salah guna kuasa, pemberian hadiah, rasuah serta aspek prestasi dan pemarkahan.
MOSTI menghargai penglibatan aktif warga ATOM. Semoga usaha memperkukuh integriti, akauntabiliti dan tadbir urus terbaik dalam perkhidmatan awam terus diperkasa.
Skip to content