Skip to main content
News

YB Timbalan Menteri MOSTI Menjawab Pertanyaan Lisan Dewan Negara, Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas

10 Mac 2026, Kuala Lumpur – YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menjawab Pertanyaan Lisan pada persidangan Dewan Negara bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Malaysia.
YB Timbalan Menteri menjelaskan usaha yang dilaksanakan oleh MOSTI melalui Sandbox Inovasi dan Teknologi Nasional (NTIS) bagi membangunkan inovasi, penyelidikan dan pembangunan teknologi melalui platform pengujian teknologi inovatif dalam persekitaran terkawal. Usaha ini mencerminkan komitmen MOSTI untuk mempergiatkan kolaborasi di antara pemain industri teknologi Islamik bagi memastikan Malaysia kekal relevan sebagai peneraju teknologi negara.
Kerajaan secara kolektif akan meneliti amalan terbaik di peringkat antarabangsa bagi mempercepat pembangunan inovasi teknologi Islamik dalam negara, antaranya melalui inisiatif Bank Negara Malaysia seperti pelancaran Digital Asset Innovation Hub (DAIH), pelesenan bank digital Islam dan menggalakkan kerjasama dan pengembangan inovasi melalui pengaplikasian fintech dalam pasaran.
Dalam hal ini, MOSTI sentiasa terbuka untuk kerjasama dengan Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia serta pemain industri bagi menyokong pembangunan ekosistem teknologi patuh syariah supaya ia bukan sahaja mampan secara teknikal malah berdaya saing di peringkat global.
Skip to content