8 Disember 2025 – Tirai Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku telah pun melabuh, dan kami amat berbesar hati dengan sambutan luar biasa yang diterima di Reruai MOSTI dan Khemah STEM & AI! Terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung, khususnya adik-adik yang begitu teruja meneroka dunia kecerdasan buatan (AI), sains, dan teknologi bersama kami. Kehadiran anda membuktikan bahawa rakyat Malaysia sentiasa bersedia mendepani teknologi masa hadapan. Daripada demonstrasi teknologi sehinggalah aktiviti interaktif, anda semua merupakan nadi kemeriahan program kali ini. Semoga setiap ilmu dan pengalaman yang dikutip di reruai kami dapat menyemarakkan lagi minat terhadap inovasi serta menginspirasikan generasi masa depan untuk terus berkarya.
Sampai kita bertemu lagi dalam ekspedisi sains tahun 2026 yang lebih mencabar!










