Skip to main content
News

Program BFM Enterprise Breakaway 2023

20 Oktober 2023,Kuala Lumpur – YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI telah menjadi salah seorang panel dalam Program BFM Enterprise Breakaway 2023 yang bertemakan ‘Roaring into the Future’.
Sesi panel perbincangan tersebut telah membincangkan mengenai kemasukan syarikat-syarikat teknologi besar ke Malaysia seperti Tesla, Amazon dan lain-lain.
Perbincangan tersebut merangkumi dasar, sasaran dan kemudahan yang akan disediakan oleh Kerajaan dalam mengukuhkan ekosistem teknologi di Malaysia.
Selain itu panel daripada syarikat startups dan Ventures Capital telah berkongsi pengalaman menghubungkan syarikat startups tempatan dengan syarikat global serta kelebihan Malaysia yang telah menjadi pilihan pelabur.
Kemasukan syarikat-syarikat besar ini dilihat mempunyai kesan ‘spill over’ yang positif, di mana startups tempatan boleh menjadi sebahagian dari rantaian nilai syarikat global dan mempelajari amalan terbaik.
Dengan kaedah ini masalah seperti ‘brain drain’ juga dapat diatasi dengan menyediakan lebih banyak pekerjaan dalam negara. Dasar-dasar Kerajaan yang sentiasa menyokong dan memelihara teknologi tempatan didapati dapat mengimbangi perkembangan syarikat tempatan dan kemasukan syarikat-syarikat besar dengan baik.
Sesi ini telah dihadiri oleh syarikat startups, pihak industri, universiti dan pihak berkaitan.
Skip to content