14 Mei 2024, Putrajaya – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Alejandro Rosselli Londono, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Colombia ke Malaysia yang disertai oleh pegawai kanan Kementerian serta wakil daripada MIMOS Berhad dan Cradle Fund Sdn Bhd.
Malaysia dan Colombia berpeluang berkongsi berkenaan inisiatif dan strategi yang telah dan akan dilaksanakan dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) dalam memacu agenda STI kedua-dua buah negara.