Skip to main content
News

Sambutan Minggu Perpaduan Tahun 2024 Peringkat Kebangsaan

26 Mei 2024, Johor – YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan Tahun 2024 Peringkat Kebangsaan.

Sambutan yang diraikan dengan tema “Perpaduan Dalam Kepelbagaian” ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat perpaduan serta menyebarluaskan pengetahuan, kefahaman, dan penghayatan masyarakat terhadap kepelbagaian adat dan budaya di Malaysia.
Hadir mewakili MOSTI semasa Majlis perasmian ialah YB Dato’ Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI.
Terlebih dahulu YBhg. Dato’ KSU meluangkan masa melawat Reruai MOSTI. Reruai MOSTI juga turut menerima kunjungan YB Datuk Seri Haji Ahmad Bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya.
Skip to content