Skip to main content
News

Himpunan Aspirasi MADANI Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam

14 Jun 2024, Putrajaya – Himpunan Aspirasi MADANI Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam telah mengukir sejarahnya yang tersendiri apabila berjaya menghimpunkan kira-kira 10,000 pegawai awam termasuk Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB). Majlis perhimpunan ini telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri sebagai tanda sokongan padu terhadap inisiatif ini.
YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI dan ahli-ahli AKRAB dari MOSTI turut sama hadir pada himpunan ini. AKRAB sejak penubuhannya hampir dua dekad lalu, mempunyai keahlian seramai 22,379 orang yang diberi pentauliahan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Berperanan sebagai ejen penggerak perubahan Kerajaan, AKRAB bertanggungjawab untuk “membentuk rakan yang membantu rakan” dalam memupuk semangat berpasukan, keharmonian dan saling menghormati.
Bertemakan “H.E.M.A.T: Menyantuni Hasrat, Membina Citra”, himpunan AKRAB kali ini berfokuskan kepada membudayakan tiga (3) prinsip dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pegawai awam iaitu MEMUDAHKAN (Facilitate) urusan pemegang taruh dan pelanggan, MENYESUAIKAN (Accommodate) cara kerja selari dengan agenda kerajaan dan MENYEGERAKAN (Accelerate) pelaksanaan segala keputusan kerajaan selaras dengan nilai-nilai H.E.M.A.T. iaitu Hijrah Tata Kelola, Empati Rakyat, Minda Pekin, Apresiasi Inovasi dan Telus Tadbiran.
Skip to content