Skip to main content
News

Kunjungan Hormat TKSU (P) ke atas Presiden Gwacheon National Science Museum (GNSM)

25 Jun 2024, Korea Selatan – YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), telah mengadakan pertemuan dengan Han Hyung Joo, Presiden Gwacheon National Science Museum (GNSM), sebuah institusi pembelajaran Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) tidak formal di bawah seliaan Kementerian Sains dan ICT (MIST) Korea Selatan. GNSM adalah rakan strategik kepada Pusat Sains Negara (PSN) Kuala Lumpur.
Semasa pertemuan itu, MOSTI berpeluang memahami strategi kerajaan Korea Selatan dalam menyebarkan sains dan pengetahuan saintifik kepada rakyatnya. Pertemuan tersebut juga membincangkan kolaborasi antara PSN dan GNSM seperti pertukaran kepakaran dan latihan, cadangan penganjuran bersama program sains, serta pertukaran bahan pameran yang mana perkongsian ini akan memberikan manfaat kepada kedua-dua buah negara.
Turut serta dalam lawatan tersebut adalah YBrs. Puan Hazami binti Habib, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Sains Malaysia (ASM), Puan Ida Semurni binti Abdullah Ali, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) dan pegawai-pegawai kanan MOSTI.
Skip to content