22 Julai 2024, Terengganu – Program STEM Camp MOSTI 2024 @ Terengganu (Siri 4) anjuran Yayasan Terengganu telah berlangsung pada 22 Julai 2024 bertempat di Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI), Dungun, Terengganu.
Pengisian program merangkumi tiga (3) komponen Utama, seperti berikut:



YB Dato’ Haji Satiful Bahari bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Pembangunan Insan Terengganu bersama-sama YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan & Pembudayaan Sains) MOSTI turut sama meluangkan masa hadir memeriahkan program.
Program STEM Camp MOSTI 2024 @ Terengganu dijayakan bersama Rakan strategik dan pelaksana iaitu Kerajaan Negeri Terengganu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT), Universiti Sultan Zainal Abidin – FB Rasmi (UniSZA), UMT – Universiti Malaysia Terengganu, UiTM Cawangan Terengganu dan TATIUC.