Skip to main content
News

Sesi Penilaian Upaya (Due Diligence) Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) Siri Pertama dan Kedua Tahun 2024

28 Ogos 2024, Putrajaya – YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI telah merasmikan Sesi Penilaian Upaya (Due Diligence) Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) Siri Pertama dan Kedua Tahun 2024 pada 28 Ogos 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Due Diligence merupakan langkah awal dalam rangkaian aktiviti MCY bertujuan mengenal pasti produk, teknologi dan inovasi berpotensi untuk diketengahkan dan dikomersialkan dengan penekanan pada penanda aras Tahap Kesediaan Teknologi (TRL).
Tahun ini merupakan kali kelapan bengkel ini diadakan sejak diperkenalkan pada tahun 2017 dan kali ini menyaksikan penyertaan sebanyak 104 produk dan teknologi hasil R&D tempatan yang dinilai oleh pakar panel selama dua (2) hari.
MCY adalah inisiatif Kerajaan untuk melonjakkan hasil penyelidikan dan inovasi tempatan yang dibiayai Kerajaan. Ianya terus diperkukuhkan melalui fasa ketiga iaitu MCY 3.0 Goes Global (2021-2025) yang bertujuan memperluaskan jaringan pengkomersialan serta meningkatkan daya saing produk, teknologi dan inovasi tempatan di pasaran global.
Skip to content