Skip to main content
News

Program Hiking Bersama Warga MOSTI

7 September 2024, Putrajaya – Sempena Sambutan Hari Malaysia Kelab KEMSAINS telah menganjurkan Program Hiking Bersama Warga MOSTI di Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan, Port Dickson pada 7 September 2024.

Program ini juga adalah selaras dengan sokongan MOSTI terhadap pelaksanaan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) ke arah meningkatkan taraf kesihatan rakyat Malaysia khususnya warga MOSTI melalui amalan hidup sihat seperti hidup aktif, makan secara sihat dan selamat, tidak merokok, minda sihat serta kebersihan diri dan kebersihan persekitaran.
Sebagai tanda sokongan, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi berbesar hati menyerahkan baju dan banner rasmi bagi program ini.
Skip to content