Skip to main content
News

Lawatan Kerja KSU MOSTI Ke Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sibu, Sarawak

10 September 2024, Sarawak – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan Lawatan Kerja ke Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sibu, Sarawak bagi melawat projek-projek pembangunan RMKe-12 yang dilaksanakan di KIMIA Sibu.

Projek – projek pembangunan tersebut adalah Projek Menaik Taraf Makmal Air, Menaik taraf Makmal Biological Oxygen Demand (BOD), Additive dan Microbiology I serta Projek Baik Pulih dan Penyelenggaraan Bangunan dan Peralatan.
Turut mengiringi KSU MOSTI adalah YBrs. Puan Ruziah binti Haji Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sauna) MOSTI, Encik Abdullah bin Daud, Setiausaha Bahagian Pembudayaan STI, Encik Zulhasmi bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian Pembangunan, Encik Safrie bin Zakaria, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Encik Ruhairi bin Ramli, Setiausaha Bahagian Kewangan serta Encik Rahmad bin Wadio, Setiausaha Bahagian Pentadbiran.
Lawatan bertujuan untuk memantau pelaksanaan projek bagi memastikan projek mencapai hasil yang disasarkan. Program lawatan kerja ini turut melibatkan sesi bertemu dengan semua pegawai dan kakitangan Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sibu.
Skip to content