3 Oktober 2024, Putrajaya – Pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan berkuat kuasa pada 1 Disember 2024 dan dilaksanakan menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 yang boleh diakses melalui portal www.sspa.jpa.gov.my mulai 13 September 2024.
Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan dan penawaran opsyen SSPA di peringkat Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) satu sesi libat urus antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersama MOSTI telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Perdana Nur, KPKWM. Turut meluangkan masa hadir semasa sesi ini ialah YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI dan YBrs. Tuan Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan MOSTI.
Terima kasih diucapkan kepada JPA atas pencerahan yang diberikan semasa sesi libat urus ini. Bersama tingkatkan produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam selaras aspirasi #MalaysiaMADANI.