Skip to main content
News

Minggu Sains Negara (MSN) Peringkat Negeri Perlis

21 Oktober 2024, Perlis – Minggu Sains Negara (MSN) Peringkat Negeri Perlis yang dianjurkan dengan Kerjasama Kerajaan Negeri Perlis dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis telah berlangsung pada 20 dan 21 Oktober 2024 bertempat di Dewan Seri Semarak, UiTM Cawangan Perlis dan dirasmikan oleh YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis.
Pelaksanaan Minggu Sains Negara pada tahun 2024 merupakan tahun yang ke-7 sejak dilancarkan pada tahun 2018. Ianya adalah komitmen MOSTI dalam membudayakan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dalam kehidupan rakyat Malaysia secara konsisten dan berterusan.
MOSTI komited untuk menggembeling tenaga dan usaha bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam membudayakan STI melalui program-program pembudayaan STI di luar bilik darjah yang berterusan kepada golongan sasaran yang terlibat khususnya kanak-kanak dan pelajar di peringkat bangku sekolah melalui program Minggu Sains Negara dalam memperkasakan agenda STEM Negara.
Hadir sama, YB Tuan Megat Hashirat bin Hassan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Sains, Teknologi, Inovasi dan Teknologi Hijau); YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha, (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI; YBrs. Encik Abdullah bin Daud, Setiausaha Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI, MOSTI; serta YBhg. Profesor Madya Ts. Dr. Shukor Sanim bin Mohd Fauzi, Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Perlis.
Layari minggusainsnegara.mosti.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai Minggu Sains Negara 2024.
Skip to content