23 Oktober 2024, Kuala Lumpur – Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bakat STI Negara Bil 2/2024 yang dipengerusikan oleh YB Tuan Chang Lih Kang telah diadakan pada 23 Oktober 2024 di Bangunan Parlimen Malaysia.
Mesyuarat turut dihadiri oleh YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; YB Tuan Wong Kah Woh Timbalan Menteri Pendidikan; YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi; serta wakil-wakil Kementerian, agensi dan industri.
Mesyuarat membincangkan dapatan Kajian Demand-Dynamic Permintaan dan Penawaran Bakat Bioteknologi dan E&E serta Keperluan Pewujudan Technology Transfer Professional (TTP). Jawatankuasa ini menyelaras tindakan rentas kementerian dan agensi untuk memastikan pembangunan bakat sains,teknologi dan inovasi dilaksanakan secara whole-of-government. Tindakan ke atas cadangan intervensi bagi kertas pembentangan yang melibatkan pelbagai kementerian akan diadakan untuk mendapatkan kaedah pelaksanaan yang lebih berkesan.