Skip to main content
News

Majlis Perasmian The International Week of Innovative Ideas (Innoweek.Uz-2024)

14 November 2024, Uzbekistan – YBrs. Puan Ruziah binti Haji Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) bersama delegasi MOSTI dan MRANTI telah menghadiri Majlis Perasmian The International Week of Innovative Ideas (Innoweek.Uz-2024) di Tashkent, Uzbekistan.
Innoweek.Uz 2024 merupakan Minggu Antarabangsa Idea Inovatif yang berlangsung dari 14 hingga 16 November 2024. Acara tahunan ini, yang bermula sejak 2018 bertujuan mempercepat pembangunan inovasi di Asia Tengah khususnya Uzbekistan melalui penerapan teknologi dalam pelbagai sektor ekonomi serta pemajuan modal insan, sains dan inovasi Innoweek.Uz 2024 menghimpunkan pelbagai syarikat tempatan Uzbekistan dan antarabangsa, pelabur, diplomat, usahawan, saintis, syarikat permulaan, pakar teknologi, serta wakil agensi kerajaan untuk mempamerkan inovasi terkini dan memperkukuh kerjasama global di rantau ini.
Program Innoweek.Uz-2024 telah dirasmikan oleh PYT. Maxkamova Zulayxo Baxriddinovna, Timbalan Perdana Menteri Republik Uzbekistan. Kehadiran delegasi MOSTI ke Innoweek.Uz-2024 adalah atas jemputan Innovative Development Agency, sebuah agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, Sains dan Inovasi (MHESI) yang merupakan rakan sejawat MOSTI.
Skip to content