Skip to main content
News

Program The International Week of Innovative Ideas (Innoweek.Uz-2024)

14 November 2024, Uzbekistan – YBrs. Puan Ruziah binti Haji Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) telah menyampaikan ucaptama bertajuk “Insights from Malaysia’s Innovative Advancement and Knowledge Sharing Prospects with Uzbekistan: Malaysia’s Journey in the Global Innovation Index (GII)” sempena Program The International Week of Innovative Ideas (Innoweek.Uz-2024) di Tashkent, Uzbekistan.

Dalam ucaptama tersebut, YBrs. Puan Ruziah telah berkongsi perjalanan Malaysia dalam Global Innovation Index (GII) dan usaha yang diambil untuk menjadi negara peneraju inovasi di rantau Asia Tenggara. Beberapa pendekatan utama Malaysia turut diketengahkan antaranya:
1. Penyesuaian Dasar dan Strategi Inovasi – Membentuk polisi inovasi yang selari dengan keperluan global dan tempatan.
2. Keputusan Berdasarkan Data – Menggunakan analitik data untuk membuat keputusan strategik.
3. Pendekatan Kerajaan Secara Menyeluruh – Kerjasama erat antara kementerian, agensi, dan pihak berkepentingan.
4. Intervensi Inovasi di Peringkat Negeri – Memastikan pembangunan inovasi yang inklusif dan menyeluruh.
YBrs. Puan Ruziah juga menegaskan komitmen Malaysia dalam membangunkan ekosistem inovasi yang berdaya tahan, inklusif dan dinamik. Beliau turut menyuarakan peluang kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan dalam memperkukuh kedudukan masing-masing dalam GII melalui perkongsian pengetahuan dan pengalaman.
Skip to content