8 Februari 2025, Sarawak – Lawatan kerja rasmi YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ke Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sibu (KIMIA Sibu). Lawatan ini turut disertai oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI; YBrs. ChM Tuan Haji Khairul Anuar bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia); dan YBrs. Encik Mohd Zulhasmi bin Jamaludin, Setiausaha Pembangunan MOSTI.
Ketibaan delegasi MOSTI di sambut oleh YBrs. ChM Abdul Razak bin Mohd Iman, Pengarah KIMIA Sibu. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meninjau perkembangan projek pembangunan yang telah dan sedang dijalankan dan mengadakan lawatan ke makmal-makmal di KIMIA Sibu.
Lawatan ini memberi peluang kepada pihak kementerian untuk mendapatkan maklum balas langsung daripada pihak pengurusan KIMIA Sibu berkenaan cabaran yang dihadapi serta perancangan masa depan bagi memperkukuhkan jabatan ini.