Skip to main content
News

MOSTI Tech Talk 2025

9 April 2025, Kuala Lumpur – Permintaan untuk kepakaran dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI) semakin meningkat di pasaran kerja sejajar dengan peningkatan pelaburan yang diterima daripada syarikat-syarikat teknologi global. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengadakan sesi pertama MOSTI Tech Talks pada 9 April 2025 bertempat di Universiti Malaya dengan menampilkan YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang telah membincangkan mengenai topik β€œπ™π™π™š π˜Όπ™™π™«π™–π™£π™˜π™šπ™’π™šπ™£π™© 𝙀𝙛 π˜Όπ™§π™©π™žπ™›π™žπ™˜π™žπ™–π™‘ π™„π™£π™©π™šπ™‘π™‘π™žπ™œπ™šπ™£π™˜π™š: π˜Ύπ™–π™£ π™’π™š π™†π™šπ™šπ™₯ 𝙐π™₯?”
MOSTI Tech Talks kali ini turut membawakan seorang lagi panel iaitu YBhg. Datin Ts. Habsah Nordin, Ketua Pusat Kecemerlangan Buatan dari PETRONAS. Program ini telah dihadiri sekitar 200 orang yang terdiri daripada warga kementerian, ahli akademik dan mahasiswa Universiti Malaya serta wakil syarikat pemula.
Hadir sama YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI; YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI; YBrs. Profesor Dr. Zamri Radzi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Malaya dan YBrs. Prof. Ir. Dr. Kaharudin Dimyati, Timbalan Naib Canselor Pembangunan dan Inovasi, Universiti Malaya.
Terima kasih pada semua yang hadir 🫰. Jumpa lagi di edisi ke-2 MOSTI Tech Talks.
Skip to content