Skip to main content
News

Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan KL20 Bilangan 1 Tahun 2025

10 April 2025, Putrajaya – Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan KL20 Bilangan 1 Tahun 2025 telah dipengerusikan bersama oleh YB Dato’ Seri Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi dan YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada 10 April 2025.
Mesyuarat turut dihadiri YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Dato’ Nor Azmie bin Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Pengurusan Tertinggi kedua-dua Kementerian serta wakil-wakil Agensi Pelaksana marquee inisiatif KL20.
Melalui perutusan kedua-dua YB Menteri, mesyuarat dimaklumkan bahawa dalam landskap ekonomi global yang tidak menentu ketika ini, inisiatif KL20 tidak terkecuali daripada menerima halangan dan cabaran dalam meningkatkan kedudukan negara ke dalam 20 ekosistem startup global teratas menjelang tahun 2030.
Sehubungan dengan itu, beberapa tindakan intervensi akan diusahakan secara bersama, melibatkan agensi Kerajaan, sektor swasta dan akademia dalam memastikan Pelan Tindakan KL20 terlaksana dalam garis masa yang ditetapkan.
Mesyuarat telah meneliti status kemajuan kesemua 12 marquee inisiatif pada tahun 2024 yang mencapai sasaran 90% pelaksanaan. Turut dimaklumkan Sidang Kemuncak KL20 Tahun 2025 akan dilaksanakan pada bulan September 2025.

Skip to content