11 April 2025, Pahang – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI telah berkesempatan hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Negeri Pahang yang telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Majlis yang berlangsung di Pantai Batu Hitam, Beserah, Indera Mahkota ini menjadi medan mempererat silaturahim, menyemarakkan sambutan Aidilfitri, malah mengukuhkan ikatan antara pemimpin dan rakyat dalam semangat Malaysia MADANI.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri; YB Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi; YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang; YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara; barisan Menteri-Menteri dan pegawai-pegawai kanan Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
Majlis tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum dan agama.