Skip to main content
News

Majlis Amanat Ketua Setiausaha Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Kepada Warga Jabatan Kimia Malaysia

15 April 2025, Putrajaya – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menghadiri dan menyampaikan amanat tahun 2025 kepada warga Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) di Ibu Pejabat KIMIA Malaysia, Petaling Jaya, Selangor. Semoga amanat yang disampaikan menjadi panduan untuk terus cemerlang demi kemajuan sains dan teknologi negara.
YBhg. Datuk Seri KSU dalam amanatnya antaranya menyatakan:
✅ Pengiktirafan terhadap peranan strategik Jabatan Kimia Malaysia sebagai penjaga integriti sains negara.
✅ Penghargaan atas legasi 116 tahun perkhidmatan KIMIA Malaysia yang penuh dedikasi dan profesionalisme.
✅ Komitmen MOSTI untuk terus memperkasa agensi teknikal melalui pembangunan kapasiti, kolaborasi strategik dan penjenamaan semula fungsi saintifik.
Pada Majlis tersebut Pasukan Tindakan Chemical, Biological, Radiological, Nuclear and Explosives (CBRNe) KIMIA Malaysia mempertontonkan gimik berdasarkan situasi sekiranya terdapat bahan kimia merbahaya yang di bawa dengan menggunakan alat pengesan lapangan yang dikenali sebagai AP4C dan CHEMPRO X . Pasukan CBRNe merupakan pasukan yang boleh bertindakbalas terhadap kejadian yang melibatkan insiden atau bencana kimia.
Skip to content