Skip to main content
News

MOSTI Tech Talks Siri 3/2025

09 Mei 2025 , Sabah – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) meneruskan penganjuran MOSTI Tech Talks siri ketiga dengan topik, โ€˜๐™ˆ๐™–๐™ก๐™–๐™ฎ๐™จ๐™ž๐™–โ€™๐™จ ๐™…๐™ค๐™ช๐™ง๐™ฃ๐™š๐™ฎ ๐™ฉ๐™ค ๐™Ž๐™ฅ๐™–๐™˜๐™š: ๐™„๐™ฃ๐™จ๐™ฅ๐™ž๐™ง๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™ฉ๐™๐™š ๐™‰๐™š๐™ญ๐™ฉ ๐™‚๐™š๐™ฃ๐™š๐™ง๐™–๐™ฉ๐™ž๐™ค๐™ฃ ๐™ค๐™› ๐™‹๐™ž๐™ค๐™ฃ๐™š๐™š๐™ง๐™จโ€™ bertempat di Dewan Bankuasi, Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu dan MOSTI berkolaborasi bersama UMS sebagai penganjur bersama.

Dalam ucapannya, YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata โ€œSektor angkasa bukan sekadar pencapaian teknologi, ia adalah pemacu daya saing ekonomi, kedaulatan negara dan kelestarian masa depan. Pada tahun 2023 sahaja, ekonomi angkasa Malaysia mencatatkan hasil RM1.05 bilion โ€“ namun potensi sebenar jauh lebih besar. Dengan pasaran global dijangka mencecah USD1 trilion menjelang 2040, kita perlu melahirkan lebih ramai saintis, jurutera dan inovator tempatan. Saya menyeru para pelajar untuk mengambil peluang ini dengan memperkukuh penglibatan dalam bidang STEM. MOSTI akan terus menyokong aspirasi ini melalui dasar, dana dan kerjasama rentas sektor. Bersama, kita akan memacu Malaysia sebagai peneraju teknologi tinggi serantau selaras dengan nilai MADANI dan matlamat negara berpendapatan tinggi menjelang 2030.โ€
Program diteruskan dengan Perkongsian oleh YB Menteri sebagai panel utama dengan topik Malaysiaโ€™s Journey to Space: Inspiring the Next Generation of Pioneers.
Seterusnya melalui panel kedua, YBhg. Datoโ€™ Kamarul Redzuan Bin Muhamed yang merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Uzma Berhad, Dalam pembentangannya berjudul ๐˜๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ฎ ๐˜–๐˜ช๐˜ญ๐˜ง๐˜ช๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ฅ๐˜ด ๐˜ต๐˜ฐ ๐˜–๐˜ณ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ต: ๐˜ž๐˜ฉ๐˜บ ๐˜š๐˜ฑ๐˜ข๐˜ค๐˜ฆ ๐˜ช๐˜ด ๐˜”๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ขโ€™๐˜ด ๐˜•๐˜ฆ๐˜น๐˜ต ๐˜Ž๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ต ๐˜๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ช๐˜ฆ๐˜ณ, beliau menekankan bahawa sektor angkasa bukan sahaja menawarkan peluang dalam bidang sains dan teknologi, tetapi juga membuka ruang luas untuk keusahawanan dan inovasi.
Selaras dengan prinsip MADANI sebagai panduan dan fokus MOSTI yang berteraskan kepada konsep P.R.E.C.I.SE – People Centric, R&D, Enculturate, Capacity Building, Investment dan Start-ups Ecosystem – yang diperkenalkan oleh YB Menteri sejak tahun 2023, setiap program yang dilaksanakan hendaklah memberi manfaat langsung kepada rakyat.
Program siri ketiga Tech Talks pada hari ini turut dihadiri oleh YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; YBhg. Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah; YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI; pengurusan tertinggi MOSTI dan pengurusan UMS. Sambutan yang amat menggalakkan, dengan kehadiran lebih 250 peserta, termasuk kakitangan UMS dan pelajar universiti. MOSTI Tech Talks menjadi platform penting untuk menyebarluaskan pengetahuan STI serta menggalakkan interaksi langsung antara kepimpinan kementerian dan masyarakat akademik.
Skip to content