Skip to main content
News

Pelancaran THE A.T.M.O.S Sphere @ LIMA’25 Aerospace, Technology, Maritime, Operations for Sustainability

20 Mei 2025, Kedah – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI telah menghadiri pelancaran The A.T.M.O.S Sphere di LIMA2025 yang dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Nonee Ashirin binti Dato’ Mohd Radzi, Pengerusi Eksekutif Global Turbine Asia Sdn. Bhd. Hadir sama YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

Buat julung kalinya, The A.T.M.O.S. Sphere diperkenalkan sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2025. Ianya merupakan pameran berteknologi tinggi yang menggunakan teknologi 360 darjah dan imersi audiovisual berteraskan Aeroangkasa, Teknologi, Maritim, dan Kelestarian bagi mencerminkan aspirasi Malaysia untuk menerajui kemajuan dalam bidang darat, laut, udara, dan seterusnya.
Para pengunjung berpeluang melangkah masuk ke dalam ruang transformatif yang direka untuk mencetuskan inspirasi, pemikiran masa hadapan dan kolaborasi merentas industri. A.T.M.O.S Sphere juga mempamerkan replika ikonik daripada Planetarium Negara termasuk sut angkasa Sokol yang dipakai oleh angkasawan, pesawat angkasa lagenda Challenger, roket berkuasa tinggi Ariane 4 serta satelit kebanggaan negara, RazakSAT.
Pameran ini turut memberi gambaran jelas mengenai potensi besar Malaysia untuk menjadi peneraju utama dalam industri angkasa global pada masa depan. Hadir sama, tokoh-tokoh ternama seperti Timofey Egorov, serta pempamer seperti Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), UZMA Berhad dan SpaceIn Sdn. Bhd.
Skip to content