21 Mei 2025, Kedah – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI telah menyaksikan tiga (3) pertukaran MoU di Pavilion MIGHT sempena LIMA 2025. Hadir sama YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI; YBhg. Tan Sri Ahmad Tajuddin Ali, Pengerusi Bersama (Industri) MIGHT dan YBhg. Tan Sri Zakri Abdul Hamid, Pengerusi Bersama (Kerajaan) MIGHT.
๐๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐๐ง ๐๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ข-๐๐๐ซ๐๐ฃ๐๐๐ง ๐๐๐ ๐ข ๐๐๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข (๐๐๐๐๐) ๐๐๐ง ๐๐๐ฒ๐๐ฌ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ (๐๐๐ฒ๐๐ฌ๐๐ง ๐๐๐๐): MoU telah ditandatangani oleh Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, YBhg. Datoโ Dr. Mohd Nizar Haji Sudin dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MIGHT, Ts. Rushdi Abdul Rahim. MoU merupakan kesinambungan Program Latihan Kemahiran Anak ATM & Anak Veteran (LAKSAMANA) iaitu inisiatif strategik dalam kerangka Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Industri Pertahanan bagi memperkasa kemahiran teknikal generasi muda ATM melalui pendekatan latihan berstruktur dan jaminan penempatan pekerjaan โtrain and placeโ.
๐๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐๐ง ๐๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ข-๐๐๐ซ๐๐ฃ๐๐๐ง ๐๐๐ ๐ข ๐๐๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข (๐๐๐๐๐) ๐๐๐ง ๐๐๐ฉ๐ฌ & ๐๐ฅ๐จ๐๐๐ฌ ๐๐ข๐ฌ๐ญ๐ซ๐ข๐๐ฎ๐ญ๐จ๐ซ ๐๐๐ง. ๐๐ก๐: Pertukaran MoU antara Ts. Rushdi Abdul Rahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MIGHT dan Puan Emily Yu, Ketua Pegawai Eksekutif Maps & Globes Specialist Distributor Sdn. Bhd. Perkongsian ini menandakan satu langkah penting ke arah meningkatkan ketersambungan dalam sektor pemetaan dan pengedaran. Matlamatnya adalah untuk mempromosikan Industri pembinaan kapal Malaysia melalui Peta Kemudahan Pembinaan Kapal Malaysia merentasi sektor utama seperti Minyak dan gas, Tenaga Diperbaharui, Pembinaan Kapal dan Pertanian.
๐๐ฉ๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐ก๐ (๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐) – ๐๐๐ ๐๐ซ๐๐ข๐ญ (๐๐ก๐๐ข๐ฅ๐๐ง๐) – ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ง ๐๐ก๐ (๐๐ซ๐ฎ๐ง๐๐ข): Dalam usaha strategik untuk mengatasi cabaran keterhubungan di kawasan terpencil dan kurang mendapat liputan, tiga syarikat dari rantau ASEAN ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) tiga pihak bagi membangunkan dan melaksanakan penyelesaian Internet Benda (IoT) berasaskan satelit di Asia Tenggara.