Skip to main content
News

PMR 2025 Perak Melabuhkan Tirai

15 Jun 2025, Perak – Majlis Perasmian Penutupan Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Perakaunan Waterfront telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Hadir sama ialah YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak; YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara dan YBrs. Encik Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan MOSTI

Membawa tema “Pendidikan Tinggi Pemacu Negara MADANI” mencerminkan usaha berterusan Kerajaan dalam membentuk masyarakat berilmu, beretika dan berdaya cipta. Melalui pendekatan yang menekankan peranan ilmu pengetahuan, penyelidikan dan inovasi, program ini bukan sahaja menghubungkan rakyat dengan perkhidmatan kerajaan, malah memperkukuh aspirasi untuk melahirkan Rakyat MADANI yang menggunakan akal budi serta hikmah dalam menyumbang kepada pembangunan negara secara lestari, adil dan menyeluruh.
Terima kasih tidak terhingga kepada para pengunjung Reruai STEM & AI. semoga kunjungan anda beroleh manfaat dalam sains, teknologi dan inovasi. Jumpa lagi di lain masa
Skip to content