Skip to main content
News

Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Kerja Karnival Minggu Sains Negara Zon Timur Bersama Exco Negeri Terengganu

19 Jun 2025, Terengganu – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Karnival Minggu Sains Negara 2025 Zon Timur di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUK Terengganu).

Mesyuarat yang dipengerusikan bersama oleh YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI dan YB Dato’ Haji Satiful Bahari bin Mamat, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan, Negeri Terengganu.
Turut hadir bersama adalah Encik Mohammad Fuad bin Rahman, Pengarah Pusat Sains Negara (PSN) dan Encik Mohd Huzairil Nizam bin Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT).
Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaras persediaan akhir Karnival Minggu Sains Negara Zon Timur yang akan diadakan di PSKT pada 24 hingga 26 Jun 2025. Majlis perasmian Karnival Minggu Sains Negara 2025 Zon Timur akan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Terengganu pada 24 Jun 2025 bersama YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Skip to content