25 Jun 2025, Sabah – Sekitar Program Jangkauan Keterangkuman (Outreach) Malaysia Techlympics di Sekolah Kebangsaan Sisipan, Semporna, Sabah yang dihadiri oleh YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Bin Apdal Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Seramai 108 orang pelajar Tahap 1 dan 2 telah mengambil bahagian dalam program ini yang memberikan pengalaman pembelajaran sains luar bilik darjah yang menyeronokkan. Antara aktiviti menarik bersama pelajar termasuklah:





Program ini turut dihadiri oleh YB Tuan Haji Jamil bin Datuk Haji Hamzah J.P, ADUN Bugaya; Encik Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corporation dan Encik Abdullah bin Daud, Setiausaha Bahagian Pembudayaan & Perkhidmatan STI MOSTI.
MOSTI sentiasa komited memberi peluang pembelajaran berasaskan STEM secara menyeronokkan dan inklusif untuk semua terutamanya kepada pelajar-pelajar luar bandar melalui program-program seperti ini.