25 Jun 2025, Sabah – Selepas SK Sisipan, YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Bin Apdal Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bergerak ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bum Bum untuk menyertai Program Jangkauan Keterangkuman (Outreach) Malaysia Techlympics di sana.
Seramai 1,400 orang pelajar Tahap 1 dan 2 telah mengambil bahagian dalam program ini yang memberikan pengalaman pembelajaran sains luar bilik darjah yang menyeronokkan. Antara aktiviti menarik bersama pelajar termasuklah:






Program ini turut dihadiri oleh YB Tuan Haji Jamil bin Datuk Haji Hamzah J.P, ADUN Bugaya; Encik Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corporation dan Encik Abdullah bin Daud, Setiausaha Bahagian Pembudayaan & Perkhidmatan STI MOSTI.
Terima kasih kepada guru-guru, ibu bapa dan pelajar yang memberikan sambutan menggalakkan untuk program ini. MOSTI sentiasa komited memberi peluang pembelajaran berasaskan STEM secara menyeronokkan dan inklusif untuk semua terutamanya kepada pelajar-pelajar luar bandar melalui program-program pembudayaan STI.